HI students,
Try attempting the questions below. I hope it would be very useful for you guys...
Question 1
Tamadun Hwang Ho adalah tamadun terawal di China yang memberikan sumbangan penting kepada peradaban dunia.(2 Markah setiap satu soalan)
(a) Senaraikan dua golongan dalam struktur sosial masyarakat tamadun Hwang Ho
(b) Beri dua kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Hwang Ho
(c) Apakah peranan kalendar masyarakat Hwang Ho?
(d) Nyatakan dua ciri negara kota yang terdapat dalam tamadun Hwang Ho
(e) Pada pendapat anda, apakah kesan peninggalan Tamadun Hwang Ho kepada peradaban
manusia kini?
Question 2
Pernyataan berikut berkaitan dengan perjanjian Aqabah
@ Perjanjian Aqabah Pertama (621 M)
@ Perjanjian Aqabah Kedua (622 M)
(a) Senaraikan dua kaum dari Madinah yang terlibat kedua-dua perjanjian di atas
(b) Nyatakan dua syarat dalam Perjanjian Aqabah Pertama
(c) Nyatakan dua syarat dalam Perjanjian Aqabah Kedua
(d) Nyatakan kesan Perjanjian Aqabah Kedua
(e) Pada pandangan anda, apakah nilai yang boleh dicontohi daripada perjanjian-
perjanjian tersebut (2 nilai)
Question 3 (Essay)
Sistem Raja Perlembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka sehingga kini.
(a) Apakah maksud Raja Berperlembagaan? (5m)
(b) Jelaskan bidang kuasa Yang Di-Pertuan Agong (9m)
(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah sistem pemerintahan beraja
perlu dikekalkan? (6m)
Question 4
Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua merupakan konflik antarabangsa yang berlaku pada abad ke-20.
(a) Huraikan sebab-sebab berlakunya Perang Dunia Pertama (7m)
(b) Terangkan kesan-kesan Perang Dunia Pertama (8m)
(c) Cadangkan langkah-langkah untuk mengelakkan berlakunya Perang Dunia Ketiga (5m)
All the very best and please leave your comments here.
No comments:
Post a Comment