Thursday, November 10, 2011

Soalan Ramalan SPM 2011 - Bahasa Melayu

1. Isu kenalakan pelajar hangat diperkatakan dan mendatangkan petanda yang tidak baik kepada generasi akan datang.
Bincangkan.

2. Sediakan teks syarahan bertajuk "Keluarga Bahagia Tonggak Kejayaan".

3. Perpaduan rakyat amat penting dalam memastikan jatuh bangunnya sesebuah negara. Sarankan langkah-langkah mengekalkan perpaduan dan huraikan kepentingan perpaduan kepada negara.

4. Gempa bumi, Kemarau dan Banjir besar yang melanda beberapa buah negara di dunia telah menyebabkan kesengsaraan dan kemusnahan harta benda.
Bincangkan pelbagai bentuk bantuan yang boleh dihulurkan oleh masyarakat antarabangsa kepada negara yang terlibat.

Thursday, September 22, 2011

Pendidikan Seni Visual

Sememangnya nota mahupun soalan latihan bagi PSV adalah terhad...namun supaya tidak mengecewakan permintaan pelajar, cikgu telah membuat sedikit research dan menemui seorang kawan yang telah dan akan memuat naik bahan-bahan berkaitan PSV di Blognya.

http://cikgusenitokaikoleksisoalan.blogspot.com/

Kunjungilah laman blog beliau untuk maklumat lanjut. Di harap semoga ini akan membantu di saat-saat terakhir.

All the best

Soalan Percubaan 2011

Guys,

My Friend have uploaded many SPM 2011 trial papers in his blog. Please check out the papers from Terengganu....hope it is useful for you....make fully use the questions...

http://banksoalanspm.blogspot.com/

All the best

Sunday, August 21, 2011

Soalan Ramalan Bahasa Melayu 2011 - Jadikanlah yang berikut sebagai panduan anda

TAJUK-TAJUK POPULAR BM SPM 2011
TAJUK-TAJUK POPULAR KARANGAN


Soalan 1: Remaja / Diri sendiri
1. Kepentingan disiplin kepada pelajar
2. Gejala Sosial / Lumba Haram / Remaja Lari dari Rumah (Langkah)
3. Makanan ringan / Makanan segera (Punca & Langkah)

Soalan 2 : Keluarga
1. Gaya Hidup Sihat (Peranan ibu bapa)
2. Disiplin (Peranan ibu bapa)
3. Hubungan Kasih Sayang (Peranan ibu bapa)
4. Rancangan Televisyen Realiti (Usaha ibu bapa dalam pengekangan)
5. Keluarga Bahagia (Punca kegagalan & Kepentingan)
6. Teknologi maklumat / Internet (Peranan ibu bapa)

Soalan 3 : Masyarakat / Negara
1. Semangat Kejiranan (Langkah)
2. Riadah dan Rekreasi (Kebaikan)
3. Kehilangan / Keselamatan Kanak-kanak (Langkah mengatasi)
4. Jenayah Negara (Peranan masyarakat)
5. Polisi Sekolah Selamat (Usaha pihak sekolah)
6. Tabungan (Faedah & Usaha)
7. Pelancongan (Kebaikan)
8. Pengangkutan Awam (Langkah memperkasakan / kepentingan)
9. Membaca (Cara menggalakkan)
10. Perpaduan Kaum (Peranan)
11. Alam Sekitar – Program Pembangunan Mesra Alam / Melestarikan hutan (Langkah)
12. Bahasa Inggeris / Bahasa Asing (Kepentingan / Langkah)
13. Rasuah (Kesan / Langkah)

Soalan 4 : Global
1. Jenayah Antarabangsa (Kerjasama antara negara)
2. Penyakit berjangkit (Bentuk kerjasama)
3. Pelaburan Asing (kebaikan)
4. Kerjasama antara Negara (bentuk)
5. Keamanan serantau (langkah)
6. Kemelesetan Ekonomi (Kesan & Usaha)

Soalan 5 : Warisan / Nilai-nilai Murni / KOMSAS
1. Bangunan Bersejarah (Kepentingan & Langkah)
2. Puisi Tradisional (Usaha / Kepentingan)
3. Membaca Karya Sasatera (Sebab kurang diminati & Langkah)



TAJUK-TAJUK POPULAR KOMSAS

Cerpen / Drama Anak Laut:
1. Lambaian Malar Hijau (Persoalan / Nilai )
2. Annyss Sophillea (Nilai)
3. Menatap Wajah
4. Pusaran

Cerpen / Drama Kerusi:
1. Jangan Bunuh Rama-rama (Nilai)
2. Mariah (Nilai)
3. Sebutir Pasir di Kaki
4. Aku, Kris dan Kristal
5. Puteri Li Po

Prosa Tradisional Anak Laut:
1. Cerita Bayan Tidak Menurut Kata Ibu Bapanya
2. Pertarungan Tuah dengan Jebat

Prosa Tradisional Kerusi:
1. Sabor
2. Kezaliman Membawa Padah

Puisi Anak Laut:
1. Seloka Pak Kaduk (Pengajaran, Persoalan)
2. Jalan-jalan Raya Kotaku (Pengajaran)

Puisi Kerusi:
1. Syair Kelebihan Ilmu (Bentuk, Persoalan, Gaya Bahasa, Nilai)
2. Pantun Enam Kerat
3. Sajak Di Ruang Gemanya (Persoalan)
4. Sajak Duhai Pentafsir



TAJUK-TAJUK POPULAR TATABAHASA
1. Cakap Ajuk – Cakap Pindah
2. Ayat Majmuk – Ayat Tunggal
3. Ayat Aktif – Ayat Pasif
4. Ayat Susunan Biasa – Ayat Susunan Songsang
5. Jenis-jenis Ayat
6. Jenis-jenis Kata Kerja
7. Jenis Ayat Majmuk



PERIBAHASA POPULAR
1. alang-alang berdakwat biar basah
2. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
3. bagai aur dengan tebing
4. bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
5. bagai gunting makan di hujung
6. bagai kaca terhempas ke batu
7. bagai menatang minyak yang penuh
8. bagai pahat dengan penukul
9. bagaikan tikus membaiki labu
10. belakang parang kalau diasah lagikan tajam
11. biduk lalu kiambang bertaut
12. buah tangan
13. buang yang keruh ambil yang jernih
14. bumi mana tak ditimpa hujan
15. cacing kepanasan
16. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
17. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
18. ditelan mati emak, diluah mati bapak
19. genggam bara api biar sampai jadi arang
20. buta huruf
21. hangat-hangat tahi ayam
22. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
23. ikut rasa binasa, ikut hati mati
24. indah khabar daripada rupa
25. kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
26. ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
27. melentur buluh biarlah dari rebungnya
28. muafakat membawa berkat
29. pelanduk dua serupa
30. Quran buruk
31. sambil menyelam minum air
32. sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain / sedikit-sedikit lama-lama
menjadi bukit
33. sehelai sepinggang
34. sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu
35. seperti rusa masuk kampung
36. sudah jatuh ditimpa tangga
37. sudah terhantuk baru tengadah
38. tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan
39. tulang belakang
40. umpama duduk di atas daun / seperti duduk dalam duri
41. untung sabut timbul, untung batu tenggelam
42. yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang



TAJUK-TAJUK POPULAR NOVEL
1. Nilai (pengorbanan / tolong-menolong / bertanggungjawab / kegigihan)
2. Perwatakan watak sampingan
3. Latar masyarakat (Perbezaan / Perbandingan / Kegiatan Ekonomi)
4. Teknik Plot (Saspens / Kejutan / Imbas Kembali / Monolog Dalaman)
5. Persoalan (Kepimpinan / bertanggungjawab / kegigihan)
6. Pengajaran
7. Teguran pengarang / Kritikan Sosial
8. Peristiwa Menarik / Teladan
9. Latar Tempat (Perbandingan)
10. Plot (Permulaan / Peleraian / Klimaks)
11. Watak utama (Perwatakan / Cabaran / Perbandingan


SEMOGA BERJAYA

Contoh Karangan 7/BM SPM - Kepentingan Perpaduan

KEPENTINGAN PERPADUAN

Huraikan pendapat anda tentang kepentingan mengamalkan perpaduan kaum di Malaysia.

Pendahuluan:

AT - Perpaduan merupakan aset negara yang amat penting - tulang belakang kepada kemajuan negara - tidak akan dapat dikecapi tanpa usaha dan langkah yang diambil - semua pihak seharusnya mengorak langkah atau mencari jalan untuk mewujudkan perpaduan

AA - Perpaduan banyak kepentingannya kepada negara.

Isi-isi:

1. Mewujudkan masyarakat harmoni

AI - perpaduan dapat melahirkan keharmonian dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat.

AH - terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum - kerajaan sentiasa berusaha untuk mewujudkan perpaduan

AC - masyarakat pelbagai kaum di negara kita saling membantu dalam pelbagai perkara ibarat ke bukit sama-sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni

AKI - perpaduan merupakan satu elemen yang mampu melahirkan masyarakat yang harmoni dan bekerjasama

2. Menarik kedatangan pelancong

AI - kemasukan pelancong asing yang kian bertambah

AH - perpaduan dapat mewujudkan sebuah negara yang aman, sejahtera dan bebas daripada huru – hara

AC - contohnya, pelancong datang ke negara ini kerana mereka tertarik akan keharmonian yang terjalin antara kaum di negara kita, di samping keadaan negara kita yang aman dan tenteram berbanding dengan negara yang sedang bergolak seperti Iraq , Turki, Thailand dan sebagainya.

AKI - Pelancong asing akan berasa lebih selamat makan angin di negara kita

3. Memajukan ekonomi negara

AI - perpaduan turut menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan ekonomi negara

AH - negara kita telah berkembang pesat selepas merdeka - kepesatan dalam pembangunan ini disebabkan rakyat negara kita yang berbilang kaum hidup bersatu padu dan tolong-menolong bagai aur dengan tebing - telah meningkatkan ekonomi negara melalui aktiviti perniagaan dan sebagainya

AC - rakyat negara kita dapat menjalankan aktiviti perniagaan dan ekonomi tanpa sebarang diskriminasi dari segi agama, keturunan atau kaum

AKI - pembangunan sesuatu negara tidak akan dapat dicapai tanpa perpaduan ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

PENUTUP:

AK - perpaduan dapat memberikan pelbagai kebaikan atau manfaat kepada negara dan juga masyarakat

ACdgn - pihak kerajaan seharusnya mepertingkatkan pelbagai langkah yang proaktif untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di negara kita

AHrpn - semua pihak perlu menyedari kepentingan elemen perpaduan kerana perpaduan merupakan tunjang kejayaan dan kemajuan negara

Contoh Karangan 6/BM SPM - Tindakan Remaja Berwawasan Untuk Mengelakkan Gejala Sosial

TINDAKAN REMAJA BERWAWASAN UNTUK MENGELAKKAN GEJALA SOSIAL
KARANGAN TERBUKA


Banyak faktor yang mendorong kepada peningkatan kes gejala sosial dalam kalangan remaja. Sebagai remaja yang berwawasan, apakah yang akan anda lakukan untuk mengelakkan diri daripada terjerumus dalam kancah gejala sosial ini.

Format : Tiada

Pendahuluan:

Pujangga pernah mengatakan bahawa generasi berwawasan pemangkin pembangunan negara sememangnya kata-kata ini tidak dapat disangkal lagi - Dewasa ini, isu generasi berwawasan telah mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat kita saban hari pantas meniti dari bibir ke bibir – banyak gejala sosial berlaku dalam kalangan remaja – terutama mereka yang tercicir dalam pelajaran – merempit – pergaulan bebas – merokok dan penagihan dadah – memberikan kesan kepada kehidupan remaja itu sendiri – remaja perlu bertindak sebelum nasi menjadi bubur

Isi-isi penting:

(a) Mempunyai jati diri yang mantap - unsur negatif baik dari Barat mahupun daripada rakan sebaya dapat ditolak dengan baik - sebagai contoh, rakan mengajak merokok, berpeleseran, dan berlumba motosikal di jalan raya akan ditolak kerana mengetahui perbuatan tersebut tidak membawa sebarang faedah

(b) Pilih rakan sebaya yang mempunyai wawasan untuk berjaya dalam hidup - pilih rakan sebaya yang mempunyai kecenderungan untuk berjaya dalam pelajaran - agar tidak tersasar daripada matlamat hidup -tidak bergaul dengan rakan-rakan yang runtuh akhlak – menjauhi rokok dan dadah – sikap kawan akan mempengaruhi diri sendiri

(c) Mengisi masa lapang dengan kegiatan berfaedah – membaca buku – mengulang kaji pelajaran – tidak melakukan perkara-perkara yang membazir masa – menonton televisyen – melepak dan berbual-bual kosong – masa itu emas

(d) Mempelajari agama – agama dapat mengelakkan diri seseorang daripada melakukan sesuatu yang tidak baik – menghadiri kuliah-kuliah agama – membaca buku-buku agama - Dengan agama juga, remaja dapat mengetahui sesuatu perbuatan itu halal ataupun haram.

(e) Menggunakan akal sebelum bertindak – tindakan yang dilakukan adalah betul – membezakan antara yang baik dan buruk – tidak menimbulkan kesan yang tidak baik – tidak menyesal sebelum melakukan sesuatu – sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tiada gunanya

Penutup:

Mengharapkan diri terhindar daripada sebarang gejala sosial – menjejaskan nama baik diri sendiri dan keluarga – tidak berjaya dalam pelajaran – kehidupan akan terjejas

Contoh Karangan 5/BM SPM - Kepentingan Memulihara Bangunan Bersejarah

KEPENTINGAN MEMULIHARA BANGUNAN BERSEJARAH
Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan nama Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai negara yang sedang membangun. Banyak kilang perindustrian, pusat beli-belah dan rumah dibina yang menggunakan ruang yang luas sehingga memakan tanah yang berhektar-hektar. Antara isu yang hangat yang telah dibincangkan di kedai kopi sehingga sidang di Dewan Parlimen mutakhir ini ialah isu meruntuhkan bangunan bersejarah tetapi perbincangan itu telah membuat keputusan muktamad untuk tidak meruntuhkan bangunan tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat juga negara-negara yang telah merobohkan bangunan bersejarah seperti di Surabaya, Jakarta. Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah perlu bangunan tersebut diruntuhkan? Tepuk dada tanyalah selera. Sebenarnya, terdapat pelbagai kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita.

Satu daripada kepentingan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan bersejarah atau monumen dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era atau peristiwa sejarah yang telah berlaku. Monumen, mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang atau peristiwa penting. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun, kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda dan Portugis masih dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. Di samping itu, bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan datang kerana dengan kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat membuktikan bahawa sejarah Malaysia yang telah dibukukan oleh penulis-penulis yang terkenal merupakan sesuatu yang realistik dan bukanlah cerita-cerita dongeng, mitos atau lagenda. Sebagai contohnya, zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul. Selain itu, Kota Cornwallis, Masjid Kling, Gereja St.George di Georgetown, Pulau Pinang dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu dijajah dan juga dapat membuktikan berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-18. Tegasnya, usaha meruntuhkan bangunan bersejarah dan monuman negara tidak wajar dilaksanakan.

Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah perlu diruntuhkan adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen lama dapat memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya remaja kini yang mempunyai semangat patriotisme yang semakin menipis. Walaupun ada antara bangunan bersejarah yang hanya menggambarkan sejarah hitam negara namun jika kita menghayati sejarah di sebalik bangunan tersebut semula serta mengambil pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Sebagai contohnya, Kota A Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibina oleh Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar. Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan kepemimpinan dan juga kelemahan tentera yang mengawal Melaka. Negara kita juga mampu menjadi negara yang setaraf dengan negara-negara maju yang lain sekiranya kita tidak mengambil mudah dan mengambil iktibar daripada sejarah negara. Oleh itu, bangunan bersejarah di negara kita sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan monumen dapat menarik pelancong baik pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar negara untuk melawat ke negara kita. Bangunan ini juga menjadi salah satu faktor dominan pelancong bercuti di negara kita selain menyaksikan Menara Berkembar Petronas. Oleh itu, bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan sebaliknya dipulihara dan diubah suai. Sebagai contohnya, bangunan lama hendaklah diubah suai untuk dijadikan muzium, galeri seni lukis dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di beberapa buah negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan Belanda. Bandar-bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford, dan Cambridge di England telah berjaya melindungi sebahagian besar daripada bangunan bersejarah mereka dengan baik. Usaha seperti ini dapat menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia dan dapat menjadi sumber pendapatan negara. Di samping itu, pelancong juga dapat melawat bangunan bersejarah dan melihat monumen-monumen yang terdapat di sekitar bangunan selain menikmati keindahan alam semula jadi negara kita dan artifak-artifak di dalam muzium dan galeri seni lukis. Oleh itu, bangunan dan monumen ini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancongan negara.

Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan yang penting dalam pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan penyelidik. Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama. Sebagai contohnya, dengan terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak dan Klang di Kuala Lumpur, seseorang dapat mengetahui bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur dalam era kolonial British tetapi juga kehidupan dan kebudayaan masyarakat penjajah dan tempatan pada ketika itu. Bangunan Kelab Di Raja Selangor dan Dataran Merdeka telah dibina bagi kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada rakyat British dan Eropah yang berkhidmat di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19. Begitu juga halnya dengan kepentingan pancutan air Horse yang telah dibina di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut pada tahun 1897. Pancutan air Horse dibina sebagai memperingati seorang inspektor polis negeri Selangor, iaitu Encik Steve Harper. Pemuliharaan dan penghayatan kemaslahatan bangunan bersejarah persis peribahasa, yakni “tak kenal maka tak cinta”. Oleh itu, bangunan bersejarah dan monumen sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri.

Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan minda generasi muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara. Bangunan dan monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Dengan terdapatnya bangunan bersejarah, generasi baharu akan lebih menghargai dan peka akan perkembangan sejarah negara. Hal ini akan membentuk sebuah masyarakat yang sensitif terhadap sebarang perobohan atau pemusnahan bangunan bersejarah. Sesungguhnya, pihak kerajaan pula perlulah mewartakan bangunan bersejarah sebagai bangunan yang perlu dikekalkan. Oleh hal yang demikian, mana-mana pihak yang merobohkan atau memusnahkan bangunan bersejarah, mereka perlulah dikenakan tindakan undang-undang.